Isnin, 18 April 2011

PENIPUAN KES VIDEO LUCAH ANUAR IBRAHIM SELESAI

Pandangan RN terhadap PENIPUAN KES VIDEO LUCAH ANUAR IBRAHIM SELESAI berdasarkan petikan BERNAMA di bawah

Alhamdulillah kes penipuan video anuar ibrahim akhirnya selesai. harap tiada lah lagi fitnah besar seperti POLITIK KOTOR or VIDEO LUCAH NIE.
tetapi kes atau isu yang baru lagi hangat dan sangat bahaya jika dibandingkan KES VIDEO LUCAH ANUAR IBRAHIM iaitu isu carian keyword video lucah yang semakin berluasa sehinggakan budak kecil 5 tahun mula mengajukan soalan tentang sex

Pelajar atau murid-murid sekolah juga telah  mula mencari information tentang sex.  bayangkan jika carian video sex itu telah mengalakkan lagi gejala social seperti rogol, seks bebas. Siapakah yang harus kita persalahkan? adakah kita terlalu berpolitik sehinga melupakan anak yang dikendong? Pikirkanlah..

Kepada penyebar video lucah or rakan blogger yang mempunyai video lucah itu tolongla padamkan kerana anda mengalakkan lagi gejala social ini. Mahukah anda mendapat dosa hanya kerana mencari traffik? pikirkanlah..  jangan kita mengunakan prinsip menghalalkan cara untuk mendapat matlamat... Biar traffik kita rendah asalkan kita berkogsi ilmu yang berguna. byk pahala yang kita dapat jika kita berkongsi ilmu daripada berkogsi dosa. Pikirkanlah rakan-rakan sekalian.

Kepada rakan-rakan sekalian marilah kita sebarkan post saya ini. saya benarkan..copylah dan postlah di blog anda. jika anda ingin kreditkan semula kepada saya alhamdullillah.. Tetapi jika anda tidak kreditkan atau linkkan semula kepada saya pun saya tidak kisah.

jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kalian kerana sudi membaca post saya.

CLICK SINI FOR DONATE


PETIKAN BERNAMA
KUALA LUMPUR 17 April – Polis telah menyiapkan laporan siasatan rakaman video aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.
“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” katanya di sini hari ini.

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata, polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.
“Kita tunggu sahajalah...kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu,” katanya.
Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Susulan itu, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.
“Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu,” kata Acryl.
Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai ‘Datuk T’ di Carcosa Seri Negara.

Misteri ‘Datuk T’ yang bermaksud ‘Trio’ itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila Rahim, Shazryl Eskay dan Shuib mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. —

2 ulasan:

myzziema berkata...

apa lah nak jdi dgn dunia politik skrg ni...

Ct Aja berkata...

Dah terlalu byk kes die kan, nntah btl ntah tdk, xnak sy menilai... harap2 polis pon adil dlm selesaikan kes ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI POST AKU

Klik Like Sekarang untuk dapatkan Info terkini

Powered By goldsilver2u