Sabtu, 30 April 2011

GAMBAR KUCING YANG LAWAK

7 comments

Korang mesti minat kucing yang comel kan.. tapi bagi aku gambar kucing lawak memang lawak. Telatah kucing nie menjadikan aku modal untuk entry aku... haha.. serius nakal...

kucing lawak
Kucing lawak
kalau nak tonton cerita nakal tu jangan ajak kucing yer.... ok... next picture.. lagi what the fish...
kucing lawak
kucing lawak

Nie serius  WTF, kucing nie bapak bodoh.. susu nie haram kau tahu.. hahaa.. kalau dah lapar sangat tu susu tin ada.. tibai jer kat dapur tu.. cap junjung ada jap teko ada... susu cap gantung je da lagi.. hahaha....

kucing lawak
kucing nakal


ini memang kucing nakal.. ish....redho jer la si tuan nyer tu.. entah-entah tengah syok... haha... kepada peminat fanatik kucing jangan biarkan kucing ada jadi begini yer... kucing nie kalau dah nakal memang nakal.. hahaha 




Baca Selanjutnya

Jumaat, 29 April 2011

CERITA LAWAK: NASIB AKU SEBAGAI PEMAIN SIMPANAN

1 comments

CERITA LAWAK: NASIB AKU SEBAGAI PEMAIN SIMPANAN


Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.
Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!
Sewaktu di udara,orang- orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.


"Hoi! Bising la korang ni! Jangan maen bola di dalam pesawat, bahaya! bentak co-pilot kepada orang-orang gila.
Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama si kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk cek ke belakang.


Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup!.

Orang gilanya tinggal empat orang! "Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?"
"Abisnya tak boleh main bola di dalam kapal. Mereka jadi main bola di luar.." kata 4 orang gila itu 
"Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?" 
"Kan kitaorang pemain simpanan!" 
huhuhu





hahahahhahaha!!!!!

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: AHBENG WAN TO MARRY

1 comments

CERITA LAWAK: AHBENG WAN TO MARRY


Perhatian untuk mendapat kesan ketawa yang tinggi anda perlu membaca dan memahami ayat dibawah.. kemungkinan 3 kali baca...


This is a story about Ahbeng in search of a wife with the help of his mother, Ahkew. One day Ahbeng's mother bring home 3 pretty girls and introduce to Ahbeng. 

The 3 pretty girls name and occupation :
1.) Ahuey - Telephonist
2.) Ahmoi - Primary Skool Teacher
3.) Ahlian - Bus Conductor

Ahbeng very sexcited lar of course then. 

After a while of chatting with the girls his mother asked him.

Ahkew : Ahbeng, how ? Which one you like the most ? 
Ahbeng : I like Ahlian the most 
Ahkew : Aiyoh bus conductor only wor! where got future wan? Ahmoi not bad leh! gomen work you know? good benefit, next time your children wanna goto skool also easy 
Ahbeng : Ahmah dunwan laaa!! 
Ahkew : Why dunwan? 
Ahbeng : bcoz skool teacher they love to say " PLEASE REPEAT!! DO AGAIN!!! I Want it done 10 times...SOME MORE, SOME MORE!" Like this very tiring everynite I can die one ahmah! 
Ahkew : aiyoo!!! then Ahuey lar! at least she is better than Ahlian 
Ahbeng : Dunwan also! ahmah, she is telephonist la! they love to say " WAIT A MINIT! PLEASE HOLD ON!" dem potong stim lidat ahmah where got mood to make baby la? 
Ahkew : Aiyoyo!!! then what u like about Ahlian so much? bus conductor only wor!!! Where got future one ? 
Ahbeng : Ahmah you dunno wan la ... I always take mini bus to KL, those women bus conductor always say "BANG! MASUK BELAKANG!!! MASUK DALAM SIKIT!!! DALAM ADA TEMPAT!!! MASUK MASUK!!! " (in yingrish it means "go in behind, go deep inside! go deeper some more! inside still got place!! deeper! deeper!!!) everytime they say lidat i also very sexcited one !!!! 

 

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: ISTERI DAN SUAMI BERGADUH SIAPA YANG RUGI?

2 comments

CERITA LAWAK: ISTERI  DAN SUAMI BERGADUH SIAPA YANG RUGI?


Pada suatu hari, hendak terjadi hal, si suami terlupa akan birthday
isterinya. Si isteri terkilan dan esoknya isteri x gosok baju suaminya,
x sediakan bfast & x salam suami dier. Suaminyer plak rasa terkilan


Kirenyer diorg gado sampai lebih seminggu dah, & si suami tu
pon amek pendekatan "caoyalah", die x cakap ngan isterinyer dah tp
berkomunikasi secara note je. Die tulis atas kertas, die bg suami die
bace.


satu mlm, suami tu tulis note kat isteri dier, 'YANG, TLG KEJUT
ABG KUL 6.30 PG YER, ADE MESYUARAT TERGEMPAR ESOK'. Isteri die
menganguk..


Kringg!!! Kringg!! Kring!! Bunyi alarm bunyi. suami tu pon bangun,
die tgk jam, dah kul 9.00 pg. Dgn tensennyer dia tengok ke sebelah,
isteri dia tiada, tapi ada kertas atas katil, dia amek lalu bace.. 'BANG,
BANGUNLAR BANG, DAH 6.30 PG NI, NANTI LEWAT. BANG, BANGUNLAR..'



DALAM HATI SI SUAMI: AKU TAMPOR JUGAK BINI AKU NIE

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: PERTANDIGAN BERENANG KUAK HAIWAN

1 comments

CERITA LAWAK: PERTANDIGAN BERENANG KUAK HAIWAN

Ada satu cerita,adalah dua ekor anjng nie ngan nak
beradu siapa perenang paling pantas menyeberang sungai...

so anjing A nie dengan semangat wat warming up.
macam2 lah dia wat senaman...
tapi anjing B nie relex  and cool jer...bila acara bermula jer..
anjng A nie ngan semangat dah pantas dia berenang.....
Dah smpi kat tebing jek dengan cungap2  tapi dia tengok 
anjing B dah sampai dulu pastu tak penat langsung....
so anjing A nie tak puas hati lalu bertanya
anjing A:
"Cam ne ko leh sampi dulu..pastu tak cungap pun  relex jer?
ko ambik dadah yer?

anjing B nie pun jawab:
"Dah aku anjing laut.."....

anjing A :
what the fish betul #$$%

Baca Selanjutnya

Trio Datuk T buat sumpah laknat isu rakaman video sex anuar ibrahim di Bandar Baru Sentu

0 comments

Trio Datuk T buat sumpah laknat isu rakaman video sex anuar ibrahim di Bandar Baru Sentul

KUALA LUMPUR: Trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing. 

Majlis itu dibuat bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang.Shazryl buat sumpah laknat bagi pihak dua yang lain.

 sumber b.harian.com.my

Pandangan RN isu sumpah laknat oleh Trio Datuk T selepas solat jumaat.

gara-gara sumpah laknat nie.. ramai pekerja dan budak sekolah ponteng... semata- mata nak tengok lafaz sumpah laknat... haha tp betul ke caranya? perlu ker anuar ibrahim hadir sekali? politik2... yang salah jadi betul.. yang betul jadi salah... rakyat ditipu.. bukan itu saja... rakyat juga boleh terlibat sekali dengan fitnah besar nie... berapa ramai yang berdosa disebabkan mainan politik.. kita terlalu taksud sehingga melupakan hukum agama... hai jangan la sampai matlamat meghalalkan cara.



Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: SEBENARNYA ROKOK TIDAK MERBAHAYA

1 comments

CERITA LAWAK: SEBENARNYA ROKOK TIDAK MERBAHAYA

Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana 
nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan.
Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih jelasnya dapat dibuktikan dengan penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah ini:


Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama kemana
saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.
A. dr Jon Sumawan (suka main perempuan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..


Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya lalu meng-gosok2kan ketel tersebut. Sejurus kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.
Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit!
Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa
saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan kemauan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih kemauan mengikuti
kegemaran masing-masing.


Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di
seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
selama 10 tahun.
Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.


Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'
Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.


Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'
Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.


Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu
gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.
Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak boleh karena tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.
Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!


Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit kerana hari-hari mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.
Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!


Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar
dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.
Dia berkata: JIN @#$% ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!
kesimpulannya : 'Rokok Tidak akan berbahaya, sepanjang tidak ada mancisnya

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: BANDUAN YANG PINTAR

0 comments

Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang ada dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka).

Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?"

Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.


Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya setelah si bapak terima surat, datang satu peleton tentara dari kota Medan.

Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya.

"Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"

Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan udah dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin terima kasih sama mereka."

Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pingsan.

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: SUAMI TAK SAYANG ISTERI

2 comments

CERITA LAWAK: SUAMI TAK SAYANG ISTERI


Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang..."

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. "Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang .... ayang masih di sisi abang.

"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah kuat...

Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS KAU SEKARANG!!



Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: TIPS BERGUNA DAN BERKHASIAT DENGAN TELUR SEPARUH MASAK

2 comments

CERITA LAWAK: TIPS BERGUNA DAN BERKHASIAT DENGAN TELUR SEPARUH MASAK


Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.

Ha........Lu Pikir ah sendiri........!

 

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: KISAH DOT.. DOT .. DOT...

1 comments


CERITA LAWAK: KISAH DOT.. DOT .. DOT... DENGAN DOT.. DOT..DOT

" abg...tlg dtg umah segera, urgent".
Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. 
Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. 

Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. 
Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang. 
Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya. 
Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. 
Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.
Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh. 
Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu. 
Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis. 
"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu.
"hu...hu..."
" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"
"Hu..hu"
Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina.
Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini. 
Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.
"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."



SERIUS WHAT THE FISH DAPAT KEKASIH MACAM NIE..

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: BELALAI KU

0 comments

CERITA LAWAK: BELALAI KU 




Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 dia berasa ada yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…



Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?
Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?

Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), Isinya orang kan?

Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!
Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)

Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Baca Selanjutnya

Khamis, 28 April 2011

KEYWORD LUCAH GANAS SEX? LAYAN CERITA SEKS? CERITA LUCAH? CERITA SEX

1 comments

KEYWORD LUCAH? GANAS SEX? LAYAN CERITA SEKS? CERITA LUCAH? 
CERITA SEX?


RN sangat terharu  untuk keyword untuk hari nie... sangat mengejutkan..pelik lagi pening bagaimana keyword GANAS SEX leh lekat lak nie... huhuhu. Setakat hari nie tak ada lagi cerita seks.... yang bestnya keyword nie LAYAN CERITA SEKS. nampak sangat SEO  RN berjaya. hahahaahah... ramai carian dari google search terkena kenakalan RN. melayu cerita lucah.com.my tu wed aper a... search TADI TAK ADA la pulak... kang macam 2 result google tunjuk lak... hahaha.. 


kesimpulannya kat sini: nampak sangat la orang malaysia nie suka search benda-benda macam nie hahaha..
keyword lucah nie memang terbaik a. blogger kat luar tu jangan lak wat cerita lucah lak... hahhaha kang jadi lain... hahahahaha...



keyword lucah 

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: TIPS SELAMATKAN DIRI BILA DAH LANGGAR ORANG

3 comments

CERITA LAWAK: TIPS SELAMATKAN DIRI BILA DAH LANGGAR ORANG




Seorang lelaki dan wanita terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dahsyat. Kereta mereka remuk sama sekali. Ajaibnya, kedua mereka selamat tanpa sebarang kecederaan. Selepas berjaya keluar, perempuan itu berkata kepada si lelaki, " Heran ye. Awak lelaki, saya wanita. Tengok la kereta kita. Hancus! Tapi kita tak apa-apa pun. Mungkin ini tanda dari tuhan untuk kita. Mungkin dah takdir kita akan berkawan & mungkin hingga ke jinjang pelamin", kata si wanita tersengih-sengih.

Si lelaki terkedu, "Saya setuju dengan kata-kata awak", katanya.

"Oh ye. Ini satu lagi keajaiban dari tuhan. Walaupun kereta saya rosak teruk, botol arak ini masih elok. Tak pecah pun. Mungkin ini tanda dari tuhan supaya kita minum ucap selamat untuk hal ini. Apa kata saudara?", kata si wanita sambil menghulurkan arak itu kepada si lelaki.

"Baiklah, demi persahabatan ini", kata si lelaki sambil dengan rakusnya meminum arak tersebut hingga separuh botol. Selepas itu dia menyerahkan botol itu kembali kepada si wanita. Si wanita menutup botol arak itu dan menghulurkan kembali kepada si lelaki.

Si lelaki bertanya dengan kehairanan,"Kenapa kamu tak minum sama?".

Si wanita membalas,"Takpe lah. Saya tunggu polis datang....



Jahatnya wanita itu... hahahahahaa


Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK : PELANCONG LAYAN GADIS SEKSI DI HOTEL

4 comments

PELANCONG LAYAN DIHOTEL( CERITA LAWAK)


Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: DOKTOR BUAT AKU SAKIT HATI

2 comments

CERITA LAWAK: DOKTOR BUAT AKU SAKIT HATI


Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."

Baca Selanjutnya

Rabu, 27 April 2011

CERITA LAWAK : DICIUM NURSE DALAM TEKSI

1 comments

CERITA LAWAK : DICIUM NURSE DALAM TEKSI


Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

Baca Selanjutnya

Selasa, 26 April 2011

KUIZ TATABAHASA BAHASA MELAYU DARJAH 6

1 comments

KUIZ TATABAHASA BAHASA MELAYU DARJAH 6, UPSR


guru: murid-murid sila pilih pengunaan tatabahasa yang betul untuk ayat dibawah

guru: yang manakah petikan yang benar
A)  anak yatim itu dipukul oleh ayahnya
B) ayahnya memukuli anak yatim itu
C)yatim anaknya dipukuli bapanya
D) bapa yatim dipukul oleh anak yatim


murid-murid: jawapanya mestilah ... anak yatim itu dipukul oleh ayahnya.

guru: salah...

murid-murid: kenapa salah cikgu.

guru: tidak ada satu pun yang benar kerana anak yatim tidak punya ayah.

murid-murid: what the fish betul!!! @#$$@

Baca Selanjutnya

CERITA BUANG BAYI DAN JUAL ANAK

2 comments

CERITA BUANG BAYI DAN JUAL ANAK.


Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun. 

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya. 
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je. 
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...? 
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya. 
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu.. 
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid! 
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu! 
Pak Abu: HEHEHEHEHE....


SUMBER: email  Azman (perlis)

Baca Selanjutnya

cerita malam pertama-janda nakal sangap nak kahwin lagi

2 comments

cerita janda nakal sangap nak kahwin lagi.


Tersebut kisah sorang janda yang dah 2 kali bersuami. bercerai dengan suami yang pertama sebab suaminya tu yang suka memukul dan mendera. sementara suami ke-2 pulak walau pada mulanya bahagia tapi akhirnya suami tu menceraikan dia dan kahwin dengan pompuan lain. 

jadi selepas beberapa tahun, janda ni yang masih cantik mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali yang ketiga. dia lantas mengiklankan diri untuk mencari jodoh ketiganya. si janda tu meletakkan 3 syarat: 

1. lelaki tu mesti berjanji tak akan memukul atau mendera 
2. lelaki tu tak akan lari meninggalkan dia 
3. hebat di ranjang 

so, selang beberapa hari, dtg sorang mengetuk pintu dengan kuat. lalu si janda tu pun bukak pintu. alangkah terkejutnya dia bila yang datang tu tak berkaki dan bertangan. 

"saya datang untuk cuba nasib jadi isteri awak" kata si lelaki kudung tu. 

lalu si janda tu meminta si lelaki tu untuk menjelaskan kalau dia dapat memenuhi 3 syarat seperti dalam iklan. 

lalu laki tu berhujah: 

"syarat yg pertama, dah tentu saya dapat penuhi disebabkan saya tidak ada tangan untuk memukul awak" 

"syarat yang kedua, mana mungkin saya akan tinggalkan awak disebabkan saya tidak ada kaki untuk berlari" 

"jadi syarat yang ketiga tu bagaimana nak buktikan' celah si janda tu. 

"er, cuba awak fikir. tadi saya ketuk pintu dengan apa" ujar lelaki kudung tu dengan bangga. 




sumber
email dari: ibrahim peneng

Baca Selanjutnya

Isnin, 25 April 2011

JANGAN SALAH AKU KALAU GAGAL EXAM !!!

3 comments

JANGAN SALAH AKU KALAU GAGAL EXAM

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!
Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.
Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.
Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.
Baki tinggal 223.
Tidur
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.
Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.
Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.
Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.
Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.
Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.
Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.
Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.
Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.
Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!

So memang BUKAN SALAH kita!!! haha

Baca Selanjutnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI POST AKU

Klik Like Sekarang untuk dapatkan Info terkini

Powered By goldsilver2u