Khamis, 26 Mei 2011

CERITA LAWAK: PERBEZAAN ANTARA GIRLFRIEND DAN ISTERI

6 comments

CERITA LAWAK: PERBEZAAN ANTARA ISTERI DAN ‘GIRLFRIEND

¤ isteri macam tv, ‘girlfriend’ macam handphone. 
Dirumah tengok tv, pergi keluar bawak handphone

¤ Takde duit jual tv, ada duit beli handphone baru

¤ Kadang-kadang seronok tengok tv, 
tapi selalunya masa banyak habis main handphone

¤Tv percuma sepanjang hayat, tapi handphone kalau tak bayar servis line, 
talian akan ditamatkan serta merta.

¤ Tv saiznya besar, berat dan buruk, tapi Hp ‘cute’, comel, ramping dan banyak butang boleh picit dan boleh dibawa kemana-mana pada bila-bila masa saja.

¤ Kos penyelengaraan tv murah aje, lagipun jarang rosak, tapi Hp.. mak oii.. mahalnya selalu meragam plak tu.

¤ Yang sadisnya Tv ada remote control, tapi Hp takde

¤ Cuma satu je kelebihan Tv, takde virus. Tapi Hp… sekali kena virus habislah!

JADI…. JANGAN PENING KEPALA, PILIHLAH TV ANDA. KALAU BOLEH YANG PLASMALAH YA…..

KUANG…. KUANG…. KUANG…

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN PARA WANITA

1 comments

CERITA LAWAK: CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN PARA WANITA


Antara ciri- ciri Lelaki idaman
1. Tampan
2. Charming
3. Sukses kewangan
4. Seorang pendengar yang baik
5. Jenaka
6. Badan tough
7. Bergaya
8. Menghargai
9. Suka buat surprise


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 32 tahun
1. Nice looking
2. Membuka pintu kereta, memegang kerusi
3. Apakah cukup wang untuk makan malam yang menyenangkan
4. Mendengar lebih daripada perbualan
5. Ketawa dengan lawak bodoh saya
6. Belanja dengan mudah
7. Memiliki kad kredit sekurang-kurangnya satu
8. Menghargai sebuah rumah-memasak makanan
9. Mengingati hari ulang tahun perkahwinan dan hari jadi saya semestinya

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 42 tahun
1. Tidak terlalu buncit
2. Pekerjaan yang stabil
3. Mengangguk ketika aku bicara
4. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk menyusun semula perabot
5. Mengenakan kemeja yang menutupi perutnya
6. Rajin bercukur

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 52 tahun
1. Menjaga bulu dalam hidung dan telinga dipotong
2. Apakah tidak bersendawa atau menggaru di depan public
3. Tidak terlalu sering meminjam wang
4. Apakah tidak mengangguk tertidur saat aku bercerita
5. Tidak menceritakan semula lawak yang sama terlalu banyak kali
6. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk turun dari sofa pada hujung minggu
7. Biasanya mengenakan sandal dan pakaian yang berpadanan
8. Menghargai makan malam yang baik
9. Mengingat nama anda pada kesempatan
10. Rajin bercukur

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 62 tahun
1. Apakah tidak menakut-nakutkan anak kecil
2. Ingat di mana bilik mandi
3. Tidak memerlukan banyak wang untuk rawatan
4. Hanya berdengkur ringan ketika tidur
5. Ingat kenapa dia tertawa
6. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk berdiri sendiri
7. Biasanya memakai pakaian
8. Ingat di mana dia meninggalkan giginya
9. Ingat bahawa itu hujung minggu

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 72 tahun
1. Bernafas.
2. Tidak miss toilet.

Baca Selanjutnya

keyword cerita sex lucah janda nakal.

0 comments

Amat terharu sekali.. walaupun RN lama tidak post sebarang article tetapi amat mengejutkan masih mempunyai ramai visitor dari google.. kebayakan mencari cerita sex, cerita janda nakal, cerita lucah dan sebagainya.. tetapi hakikatnya tiada sebarang unsur lucah tidakpun cerita lucah... cuma lawak yang agak lucah padahal tidak lucah... hahaha.. apa RN cakap nie pun agak susah nak paham.. cuba korang tengok cerita hot nie


antara bukti keyword cerita lucah dari visitor google korang leh tengok image di bawah
cerita sex lucah janda nakal
keyword lucah


Baca Selanjutnya

Selasa, 10 Mei 2011

SIAPA SEBENARNYA OSAMA BIN LADEN?

4 comments

Assalammualaikum rakan sekalian, tajuk post hari ini sebenarnya berkisarkan tentang persoalan siapa osama bin laden? adakah kematian osama bin laden benar? adakah osama bin laden adalah pejuang islam atau satu pembohongan terancang amerika syarikat. jelas sekali persoalan ini bermain di fikiran kita.. alhamdulillah setelah menbuat pembacaan RN akan membincangkan isu ini..

who_osama_bin_laden




Osama bin laden atau nama sebenarnya Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden telah dilahirkan pada 10 Mac 1957 di Arab saudi di kawasan yang dipanggil riyard. Bapanya bernama Mohammed Awad bin Laden, berasal dari Hadramaut (Yaman selatan),Bapa Osama  (Awad) hanya menjadi buruh kasar di pelabuhan Jeddah, selepas itu beliau berjaya menjadi kontraktor binaan yang terkenal. Ayah Osama mula  berjaya dalam perniagaan selepas Raja Saud menawarkannya kontrak untuk membina istana Raja Saud. awad telah diangkat menjadi menteri kerjaraya dan pembagunan arab saudi setelah kerjaan arab saudi mengalami masalah krisis istana dimana raja faisal dilantik menjadi raja tetapi dana arab saudi pada ketika itu sangat teruk, dengan kebijaksanaan awad, awad menawarkan bantuan kewangan untuk menyelesaikan masalah itu. raja faisal sangat terhutang budi dengan beliau lalu melantik awad sebagai menteri pembangunan dan kerja raya arab saudi.


Osama bin laden mewarisi kekayaan bapanya iaitu ben laden group selepas kematian ayahnya akibat nafas kapal terbang begitu juga dengan abangya iatu salem bin laden yang dikatakan segaja membunuh diri dengan membawa kapal terbang miliknya di kawasan pencawang elektrik pada tahun 1998 berhampiran San Antonio, Texas di amerika syarikat. kematian salem bin laden juga mempunyai pelbagai persoalan yang sehingga sekrang tidak dapat dijelaskan dengan bukti yang kukuh.


Dari segi personaliti, osama bin laden digambarkan seorang yang lemah lembut dan bersopan satun . dengan ketinggian antara 193cm -198 cm dan beratnya  75kg. osoma bin laden juga digambarkan seorang yang lansing dan mempunyai kulit zaitun dan seorang yang kidal. biasanya beliau berjalan dengan tongkat.


Dari segi latar belakang agama, osama dibesarkan sebagai muslim yang perpahaman Wahhabi. Beliau mendapat pendidikan awal pada tahun 1968 hinga tahun 1976 di Al-lite Sekular Thager Model School. Beliau juga melajutkan pelajaran dalam bidang ekonomi dan pentadbiran perniagaan di King Abdulaziz University, jeddah Arab Saudi. Ada sentengah pendapat mengatakan beliau mempunyai sarjana kejuruteraan awam (sivil enginering), beliau disifatkan seorang yang  " berkerja keras". Ada sumber mengatakan beliau meninggalkan universiti pada tahun ketiga pengajian di King Abdullaziz university  tanpa mendapat sebarang sarjana. Osama merupakan seorang yang mementingkan agama, dimana agama merupakan kepentingan utama baginya. beliau sangat aktif dalam menafsir Al-quran dan jihad,kerja amal ,menulis puisi dan membaca. 


Pada tahun 1974, pada usia 17 tahun, osama berkahwin dengan Najwa Ghanem Latakia namum bercerai pada tahun 2001 sebelum serangan 11 september. osama bin laden dikatakan mempunyai beberapa isteri antaranya Khadijah Sharif(bercerai), khairah sabar( status tidak diketahui) dan Amal al-Sadah. Melalui perkahwinan ini osama bin laden mempuyai anak antara 20-26 anak. Namun kebayakan anak osama bin laden melarikan diri ke Iran selepas serangan 11 September dan pada tahun 2010 kerajaan Iran mengawal pergerakan mereka.


Dari segi ideologi dan kepercayaan, osama bin laden percaya bahawa hanya pemulihan undang syariah akan dapat menentukan kebenaran didunia Muslim. Dengan kata lain pemahaman "pan-Arabisme,sosialisme, komunisme,demokerasi" harus ditentang kerana fahaman ini telah merosakkan undang syariah. Dengan semangat jihad, osama percaya bahawa Afghanistan di bawah kekuasaan Mullah Omar Taliban adalah satu-satunya negara islam di bumi ini.(reader diminta mencari info kenapa afganistan dikatakan satu-satunya negara islam dibumi ini). Pada pandangan RN afganistan merupakan satu-satunya negara yang melaksanakan syariah islam.


Osama menegaskan pentingnya keperluan jihad untuk menentang ketidakadilan terhadap umat Islam yang dilakukan Oleh Amerika Syarikat dan negara-negara bukan islam yang lain. Beliau juga menegaskan kepentingan dalam menghilangkan negara Israel dan perlunya memaksa Amerika Syarikat untuk berundur dari Timur Tengah. osama juga meminta Amerika untuk menolak amalan yang tidak bermoral seperti penzinaan, homoseksual, minuman keras, perjudian dan riba.


Osama merupakan seorang anti-semit( anti yahudi) dan selalu menyampaikan perigatan terhadap konpirasi Yahudi. beliau melebalkan orang yahudi sebagai pakar riba dan pemimpin yang pengkhianat.


Setelah osama bin laden meninggalkan universiti pada tahun 1979, Osama bin laden telah ke pakistan untuk bergabung dengan Abdullah Azzam untuk terlibat dalam peperangan Soviet di Afgahanistan. ia juga kenali sebagai Operasi Cyclone. Sepanjang Operasi Cyclone 1979- 1989, Amerika Syarikat memberi bantuan kewangan dan sejata kepada penjuang Mujahidin melalui Pakistan Inter-Services Intelligence(ISI). Osama bin laden telah bertemu dan membina hubungan dengan Hamid Gul. Hamid Gul merupakan pegawai tertinggi tentera Pakistan dan Ketua ISI. Walaupun Amerika Syarikat memberi wang dan senjata, latihan kumpulan militan dilakukan sepunuhnya oleh Angkatan Bersenjata Pakistan dan ISI. Disini saya ingin jelaskan kenapa Amerika Syarikat menghulurkan bantuan kewangan, motisnya ialah untuk menghapuskan kuasa Soviet. Amerika syarikat telah menggunakan Osama bin laden sebagai senjatanya untuk melawan Soviet.


Pada tahun 1984, Osama bin laden dan Azzam mendirikan Maktab al-khidamat dengan bantuan kewangan dan sejanta dan pejuang dari seluruh dunia arab ke afghanistan, osama juga mendirikan kem-kem di dalam Khyber Pakhtukhwan di Pakistan dan mengunakan kem tersebut untuk melatih pejuang sukarelawan menentang Republik Demokratik  Afghanistan.
Pada tahun 1988, Osama bin laden memisahkan diri dari Maktab al-khidamat dan membentuk al-Qaeda.
Selepas Soviet berundur dari Afghanistan pada febuari 1989, osama bin laden pulang ke arab saudi sebagai pahlawan jihad. pada tahun 1990 Iraq telah menceroboh Arab saudi yang mana pada ketika itu di bawah kuasa Saddam hussein menyebabkan kerajaan arab dan istana dalam keadaan berisiko.Saddam meletakkan pasukan Iraq di sempadan arab saudi dan daya tarikan saddam untuk pan arabisme telah mencetuskan perbezaan pendapat dalaman dan mencetuskan kebimbangan perang. Osama bin laden bertemu dengan Raja Fahd dan menteri pertahanan untuk menawarkan khidmat tentera dengan tentara mujahideen supaya arab saudi tidak bergantung pada bantuan non-Muslim seperti amerika. tetapi penawaran osama bin laden ditolak dan arab saudi menjemput tentera US. 
Osama bin laden mencela perbuatan Arab saudi. osama bin laden percaya bahawa kehadiran kuasa asing hanya mencemarkan kesucian tanah suci" tanah antara dua masjid" (mekah dan madina). kritikan osama bin laden menyebabkan kerajaan arab mengambil tindakan untuk mendiamkan osama. osama telah dibuang negeri dan dia telah pergi ke sudan pada 1992. Disudan osama mengembangkan sayap al-Qaeda. Semasa berada di sudan osama juga mengecam kuat tindakan Arab saudi dan Osama sangat aktif dalam aktiviti Egyptian Islamic Jihad (EIJ). Gerakan EIJ ini juga  terlibat dalam pembunuhan Presiden Mesir Hosni Mubarak tetapi percubaan itu gagal.
Tindakan osama bin laden telah menyebabkan arab saudi telah menarik kewarganegaraan dan kekayaan osoma bin laden di arab saudi.
Satu persoalan yang RN musykil ialah osama telah disahkan menghidap kegagalan buah pinggang yang teruk atau End Stage Renal Failure (ESRF). Penyakit kronik ini mermerlukan bantuan haemodialis sekurang-kurangnya sekali seminggu. adalah sesuatu yang mustahil jika tempat persembunyian beliau di kawasan pergunungan kerana untuk penyakit kronik seperti osama memerlukan 4jam rawatan sebayak 3 kali seminggu. 
kemungkinan osama dikawal rapi oleh unit perubatan tertentu atau dibawah seliaan perubatan US? atau osama sudah lama meninggal dunia. Seperti yang kita tahu obama-president US telah mengumumkan kematian osama bin laden tetapi yang meghairankan kenapa mayatnya dikebumikan di dalam laut... Jelas sekali topeng semata-mata. Itu semua dakyah obama sahaja untuk memenagi undi rakyat untuk pilihan raya akan datang. RN masih kabur lagi tentang penglibatan osama sebagai ejen amerika.. Yang terbukti sekarang serangan 11 september adalah pembohongan terancang amerika yang meletakkan osama sebagai lesen untuk menghancurkan afganistan. Tetapi kenapa kita tidak sedar dengan pembohogan terancang ini kerana teknik yang diguna oleh amerika iaitu "mind control". Kita dihiasi dengan khabar tentang PWTC dibom berulang kali sehingga dunia percaya itu tindakan penganas walhal ia adalah perancangan jahat amerika.




segala matlumat diatas adalah berdasarkan pembacaan. jika anda ingin tahu lebih lanjut sila search tentang Osama bin laden.




Mohon kepada pembaca supaya like artircle ini..sedikit sebanyak membantu blog RN.


IKLAN JANA PENDAPATAN KE BLOG













Baca Selanjutnya

Jumaat, 6 Mei 2011

CERITA LAWAK: MENANTU KAKI BELAKON

2 comments

CERITA LAWAK: MENANTU KAKI BELAKON




Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. 

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. 

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..." 

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: HADIAH DARI MAK MERTUA

1 comments

CERITA LAWAK: HADIAH DARI MAK MERTUA


Alkisah ada Seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.
Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.
Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
Sempat-sempatnya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: SUSPRISE UNTUK ISTERI TERSAYANG

0 comments



Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau...
Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak.
Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus.
Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang
malam makan telur rebus.
Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa
berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku
dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap..
so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak..
akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena
menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah..
akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus
lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus
untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah
kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk
aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas
dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk
dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak
spoilkan 'surprise' isteriku ini.
Aku pun tahan ler...
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.
Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..
Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan...
maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi...
Alamak..
ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..
bunyinya PROOOTTT!! ..
fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia...
aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia...
adalah macam bau telur tembelang sikit..
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi...
hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu
surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power
punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan
angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega...
bergegar sikit meja makan dibuatnya...
peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni..
sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau
bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab
lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka
kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa
ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku,
adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran
sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? .: habih :.



EMAIL DARI FIKRIE


FIKRIE NIE BUKAN ANG PUNYA RN PENAH BACA DAH....

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: NAMA JEPUN MEMANG LAWAK

0 comments

CERITA LAWAK: NAMA JEPUN MEMANG LAWAK




1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI

2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA

3. Yang bisu - KITA TADASUARA

4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE

5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO

6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI

7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA

8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI

9. Yang masih gatal - ICHI BAWA

10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA

11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUM MATI

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: PERTANDIGAN LAWAN PEDANG

0 comments

CERITA LAWAK: PERTANDIGAN LAWAN PEDANG 


Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang.

Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.
Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan. 

Baca Selanjutnya

CERITA LAWAK: LOGHAT DI MALAYSIA

1 comments

CERITA LAWAK: LOGHAT DI MALAYSIA 


Timbul persoalan di malaysia, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Baca Selanjutnya

Khamis, 5 Mei 2011

GADIS MELAYU PALING COMEL

5 comments

siapa cakap gadis melayu tidak comel..mostly zaman sekarang dah ramai gadis melayu comel 2 taw... aku nie sebenar tulis entry pasal gadis melayu comel ini sekadar suka suka sahaja..tapi jangan risau aku ada cari gadis comel kat google buat korang cuci mata sikit.. opss sorry... blog aku tiada lucah ye.. SIAPAKAH GADIS MELAYU PALING COMEL


awek_melayu_comel

huhuhu... awek comel  nie.. bibir merah.. kulit putih menepati citarasa aku.. huhuhu.. tapi aku tak hensem sapa nak kat kita kan... next picture... jeg jeg... jeg..

gadis_melayu_comel_sangat
yang nie pun comel jugak nie... pink-pink gitu...wajah penuh kemanjaan.... ahak!!! jom tengok sapa 
gadis melayu comel lagi......
gadis_melayu_memang_comel

opsssss!!!! sapa nie? comel tak awek nie? mesti comel la..  hahaha.. mesti korang teringin nak awek cun , nak awek comel, nak awek yang cantik kan... nak kan? huhuhu... owang cakap sekarang awek tak tengok muka dah.. muka pecah umah pun diowang terima... janji mulut manis..  jom tengok picture terakhir
gadis  melayu yang comel....
hah!!! nah comel tak? muka syahdu2 gitu.... ahak... macam nak sama ngan gadis blogger popular pun ada... 
kepada lelaki macho diluar sana tu give la tips sikit macam mana nak ayat-ayat perempuan nie...

Baca Selanjutnya

Selasa, 3 Mei 2011

CERITA LAWAK: USAHAWAN MUDA GIAN NAK TERNAK BIRI-BIRI

1 comments

CERITA LAWAK: USAHAWAN MUDA GIAN NAK TERNAK BIRI-BIRI


Keadaan ekonomi yang rancak mengalakkan orang muda untuk menjadi usahawan. alkisahnya terjadi la pada satu pemuda ini yang ingin menternak kambing. beliau ingin menjadi usahawan ternakan kambing dan biri-biri berikit adalah perbualan penternak (pakcik) dengan pemuda yang ingin menjadi usahawan..
Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama..... 

Baca Selanjutnya

ISTERI KANTOI CURANG SELEPAS SUAMI PULANG KERJA

0 comments


```````````````````````````````````````
Suami mana yang tak begang bila isteri curang.. suami baru sahaja penat dari pulang kerja. datang jer rumah tengok isteri tengah curang dengan orang lain. kalau aku pun hangin.. selalu kalau isteri curang kantoi ini memang kena lanyak a dengan suami.. jantan tu comfirm lari punya.. dah wat salah kan.. silap2 lari dalam keadaan bogel.. tapi ada satu kes nie jantan tu tak lari... dan isteri kantoi curang pun  buat macam tiada dosa lansung... cuba korang tengok picture di bawah..










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


isteri_curang_kantoi

jika anda suka blog saya please like my post.. harap dapat membantu trafik... terima kasih kepada yang like.. love u

Baca Selanjutnya

GAMBAR PENIPUAN KEMATIAN OSAMA BIN LADEN

1 comments

penipuan+kematian+osama+bin+laden




Gambar diatas menunjukkan kemungkinan kematian osama bin laden adalah satu penipuan.


ramai pengguna twitter mendakwa gambar tersebut merupakan gabungan dua foto yang lain dan salah satunya adalah gambar sebenar osama bin laden yang diambil pada tahun 1998.


penipuan+kematian+osama+bin+laden


Berikut merupakan bagaimana penipuan kematian osama bin laden dilakukkan dengan mengunakan software photo editing seperti Adobe photoshop. 


penipuan+kematian+osama+bin+laden


kemungkinan gambar kematian osama bin laden diedit dari kematian orang lain.. ini membuktikan penipuan kematian osama bin laden lebih menonjol.
Lebih  menghairankan Para pegawai Amerika mengatakan bahawa pemimpin al-Qaeda dikebumikan di laut, tetapi kurangnya tentang pendedahan itu.. kenapa tak tunjuk upucara itu secara lansung?
keadaan ini menunjukkan Amerika sebenarnya merancang penipuan kematian osama bin laden. Terdapat banyak sebab kenapa penipuan kematian osama bin laden dibuat oleh Amerika antara terdapat rumor menyatakan osama itu adalah sebahagian dari agent sulit amerika sendiri yang menggunakan alasan memerangi keganasan 11 Sept untuk menyerang afganistan.
Ada sesetengah pendapat mengatakan rancangan jahat amerika sudah mula dibongkar untuk menutup menutup rancangan  jahat itu propaganda kematian osama bin laden dilakukan semata-mata menghentikan pembogkaran tersebut.


Kesimpulannya: kita harus berwaspada dengan tipu muslihat akhir zaman. wallahualam~

Baca Selanjutnya

Isnin, 2 Mei 2011

OSAMA BIN LADEN MATI DIBUNUH ( TERKINI) / BREAKING NEWS

7 comments

Laporan dari Washington-( OSAMA BIN LADEN MATI DIBUNUH )
osama bin laden mati di bunuh
osama bin laden mati dibunuh oleh CIA



osama bin laden dilaporkan mati dibunuh oleh sepasukan CIA di pakistan minggu ini. laporan tentang kematian osama bin laden mati dibunuh diumumkan oleh presiden obama kepada dunia pada malam ahad.
obama berkata
"Justice has been done," the President said solemnly in a hastily-arranged late night TV address from the East Room of the White House. Bin Laden, he said, "murdered thousands of innocent men, women and children" and his death was "the most significant achievement to date" in the U.S. war against the al Qaeda, terrorist network that bin Laden founded, led and inspired.


Obama mengatakan bahawa selepas dia masuk Rumah Putih pada tahun 2009, dia telah memerintahkan pengarah CIA Leon Panetta untuk membuat membunuh atau menangkap Bin Laden sebagai "keutamaan utama perang kita terhadap al-Qaeda." Kemudian, pada bulan Ogos, dia diberitahu tentang "kemungkinan  tempat persembunyian pengganas sukar difahami  dan dicari " keadaan ini menyebababkan pasukan perisik mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk menyiasat.

Setelah bertahun-tahun rumor  bahawa manusia  yang paling dikehendaki di dunia bersembunyi di gua-gua dan  kawasan-kawasan sempadan Pakistan-Afghanistan, CIA akhirnya berjaya mengesan tempat persembunyiannya iaitu sebuah rumah yang selesa dikelilingi oleh tembok tinggi di sebuah bandar kecil di Islamabad, ibu negara Pakistan.

Pada hari Ahad, sebuah "pasukan kecil" dari Amerika menggeladah  kawasan tersebut dan berlaku kejadian tembak menembak, presiden mengatakan, mereka membunuh Osama Bin Laden. Tidak ada orang Amerika daripada pasukan itu luka dalam serangan itu.

Para pegawai lain mengatakan ujian DNA telah mengesahkan identiti mayat itu ialah osama Bin Laden.

Obama berkata
" Osama Bin Laden bukan seorang pemimpin Muslim," katanya. "Dia adalah seorang pembunuh umat Islam."

Walaupun AS telah membuat rancangan untuk menahan dan menyoal osama bin Laden jika ia ditangkap, sebahagian besar pegawai AS berpendapat bahawa dia tidak akan ditangkap hidup-hidup.
Seperti kata Attorney General Eric:
"You're talking about a hypothetical that will never occur,"
berita tentang kematian osama bin laden hanggat sedang diberbualkan bermula semalam


Baca Selanjutnya

Ahad, 1 Mei 2011

CERITA LAWAK: APABILA TERUNA DAN DARA MAIN DOT. DOT..DOT

3 comments

CERITA LAWAK: APABILA TERUNA DAN DARA  MaiN DOT. DOT..DOT


Pada suatu petang sepasang teruna dan dara duduk di bawah sepohon pokok sambil menikmati suasana indah di tepi pantai.......


DARA : Abang sayang tak saya....?


TERUNA : Tentulah sayangggg.......kenapa sayang tanya....?


DARA : Sajeee......abangggggggg......saya ade 1 teka teki...?


TERUNA : Apa dia....?


DARA : Kalau abang sayang dara......kena jawab dgn betul.....ok.....


TERUNA : Abang cubalahhh.....!!!!




DARA : Kalau abang pandai....apa perbezaan antar burung & kapal terbang....????


TERUNA : Senang jer tu......burung benda hidup, sedangkan kapal terbang tak.....betultak.....?????


DARA : Ala....salahhh....cuba lagi.....


TERUNA : Emmmm.....burung kecil & kapal terbang tu besar....!!!!!


DARA : Tetttt.....Salah.....cuba lagi......






TERUNA : Burung ringan......kapal terbang berat.....!!!!!!


DARA : Hahahahahahaaa.......semuanya salah.....


TERUNA : Apa ni....!!!!!! semuanya salah......habis tu aper jawapannya.....?????


DARA : Abang dengar betul2 yer......Kapal terbang bila naik, makin lama makin kecil...."BURUNG" pulak makinnaik makin lama makin "BESARRRRRRRRRRRRRR".......heheheheeeeeee......


TERUNA : !!!!!!!!!!!???????????????????????

Baca Selanjutnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Like Sekarang untuk dapatkan Info terkini

Powered By goldsilver2u