Selasa, 12 April 2011

CERITA LAWAK: BUDAK UITM MANJUNG DIMALUKAN LECTURE.


BUDAK UITM MANJUNG DIMALUKAN LECTURE
Korang-korang pernah datang ke UiTM Manjung tak? Bukan UiTM Seri Iskandar, tapi UiTM Seri Manjung yang Uitm versi rumah-rumah kedai tu??? Kalau tak pernah, tengok gambar-gambar ni. Pelakon Azhar Sulaiman, Afdlin Shauki dulu pernah la belajar kat sini. Provos UiTM kasitau kat aku dulu. Haaaa, jangan ingat aku tak kamcing ngn provos Uitm. Gua dulu AJK majlis perwakilan pelajar. Huhuhuhu..

Rumah kedai je pun UiTM Manjung ni… Mungkin orang tak tau pun tu sebuah UiTM. UiTM Manjung memang takde padang bola sepak. Hahahahahahha!!! Tapi walaupun tak canggih seperti universiti-universiti lain, tempat ni laaa paling heaven bagi aku. Stesen bas dekat, tempat main snuker dekat, karaoke dekat, tempat awek-awek cun Restoran Hasnah Tomyah… Fuuhh!!! Aku ni antara batch-batch terakhir yang menghuni kat Uitm ni dulu masa aku amik diploma dulu. Tahun 2000 sampai 2002 sebelum semua pelajar dipindahkan ke Seri Iskandar.

Kalau korang masuk kelas dia, atas bangunan ialah hostel pelajar, bawahnya kelas…. Kadang-kadang kita yang pelajar ni ada gak pi kelas kat blok hostel perempuan. Time tu leh dengar perempuan menyanyi kat bilik air…

Tu tak heran lagi…. Ni lagi best…

GEDEGANGG!!!!!!

Disertai dengan gelak ketawa menghilai dari penghuni-penghuni hostel kat atas tu…

Plus ngn dialog,


“Woiiii apa ni terajang-terajang pintu bilik mandi ni!!!”

“Wahahahahaha…. Hitamnyaaa punggung kamu Emma!!!”

“Woiiii jangan laaa!!!”

Terajang pintu bilik mandi??? PUNGGUNG???? Hitam????EMMA???????!!!!!!

Laki mana tak stim weeehhhhh!!! Usah menipu la laki tak stim… yang pelajar-pelajar berkopiah tu, ingat tak menggeletar ke lutut diorang??? Gugat gak tu…

Ada plak classmate aku cakap kuat-kuat sengaja nk tambah klimaks…

“HAAAA NI SURE MANDI BOGEL SEBAB BOLEH NAMPAK BONTOT HITAM… BONTOT HITAM YE??? SURE WAJAHNYA CANTIK SEPERTI SONALI BENDRE!!!”

Lagi arrrrr stim kite mendengornyeeee!!!! Macam2 imaginasi dah keluar kat otak ni… Haiiiiiiiiiiihhhhhhhh….

Sampai sekarang nama Emma Bontot Hitam menjadi teka-teki kepada diriku. Siapakah dia ek?

Ok… Kita lupakan pasal si Emma yang berbontot hitam tu.

Tengok plak gambar ni…. 

 
 


Ni gambar kelas. Isi dalam kelas tu separa kosong, yang ada cumalah kerusi2, meja2, papan hitam, dan almari. Ni sume punca yang menyebabkan kelas tu bergema.

Dekat UiTM Seri Manjung, memang best, kelas tak la jauh mana pun. Menapak dalam 15 minit dah boleh sampai ke kelas. Dalam kelas ada tandas. Tak macam UiTM lain, tandas terletak dekat luar kelas. Plus dekat sana sumenya murah dan ada gak yang free. Sebagai contoh, makanan untuk para pelajar adalah PERCUMA.

Tetapi jangan fikir percuma tu best.. Ada juga yang tak best. Dulu pernah suatu ketika dulu, para pelajar lelaki keracunan makanan. Tapi takde la tahap kritikal. Just, kes perut memulas dan cirit birit.

Dulu, ada seorang classmate aku namanya Khairul. Dia ni memang macho la antara semua pelajar-pelajar diploma batch aku tu. Gaya dressing dia, gaya cakap dia, dan paling penting dia tak hensem Dia ni macho tapi berlagak hensem… Haaaa..paham tak statement tu??? MACHO TAPI BERLAGAK HENSEM.

Suatu hari yang damai, seperti biasa, pada waktu tengah hari,kami pelajar-pelajar lelaki pergi ke kelas. Kelas kami tu dekat area hostel perempuan. Kalau menapak, ada la makan masa 10 minit dari hostel lelaki. Pada hari yang indah tu juga, pelajar lelaki di sana kena serangan cirit birit secara tiba-tiba. Antaranya si Khairul tu. Aku pun kena gak, tapi efek aku lambat, kena serangan cirit time petang.

Tengah syok-syok aku menumpukan perhatian dalam kelas ekonomi tu, aku tertengok si Khairul yang ada duduk depan aku. Aku tengok dia tak selesa. Kejap ke kiri kejap ke kanan kejap ke depan kejap ke belakang… Apa ke hal dia ni?? Tiba-tiba dia angkat tangan… Aku ingatkan dia nak tanya soalan kat lecturer… rupanya lain…

“Sir, can I go home? I need to go to the gents.”

Perggghh…ayat….GENTS…. cakap JAMBAN sudah… Then lecturer tu balas balik,

“Guna je la tandas kelas ni… apa susah?? Air ada kan?”

Haaaaa… amik ko!!! Lecturer ekonomi aku tu memang garang sikit. Dia memang pantang orang buat lawak dan tak fokus dalam kelas dia. Silap-silap, ada yang dapat markah F akhir sem kang.

Kesian Khairul… Kalau aku pun takkan pergi guna tandas dalam kelas tu. Bukan sebab apa, GEMA beb GEMA!!!! Kalau buang air kecil, confirm satu kelas boleh dengar.

Nak tak nak Khairul pun guna la tandas tu. Menggelabah beb dia…. Berpeluh, boleh tengok kat belakang kemeja dia.

Alaaaa… kencing jeeeee…Bunyi air kencing je yg kitorang dengar pun… Takkan jatuhnya status macho ko tu. Tu yang aku fikir… Maklum laaa, aku belum dapat simpton-simpton yang aku pun bakal kena cirit birit. Malah member lain pun takde tunjuk tanda2 lagi. Kecuali Khairul.

Sekali kami satu kelas dengar bunyi ‘keting keting tung tang’… bunyi orang bukak tali pinggang.Memang sound kita dah tau dah, SOUND KELAM KABUT…. Aku dah tergelak dah dalam hati. Tapi control je laaa… Orang lain tak start gelak, sumenya focus pada apa yang diajar oleh lecturer.. Maka aku diam la dulu. Tiba-tiba…

PAAAAAPPPPPPPP!!!!!

Haaa bunyi apa tu??? Bunyi pelapik tandas duduk (jamban kat Uitm tu sume jamban duduk). Gilerrrr bai!!!!! Aku dapat rasakan something kelam kabut dalam tandas tu
Dalam kiraaan 3 saat, 3 ….2…..1…..

CrREEEEEETTTttttTTTt!!!!!! PrrRRUUUTTttttTTT!!!!!!!

HAHAHAHAHAHAHAHHAA!!!!!!!!! Aku dah bantai gelak kuat-kuat dalam kelas tu… Lantak pi laa lecturer ke, member2 kelas yang lain ke…. Yang penting aku dah takleh tahan nk gelakkan member aku tu… Jari aku dah menunding kat tandas tu…….

“Woiii cirit ker????!!!! Hahahahahahaha!!!” ada member aku sound kuat-kuat. Sume budak dalam kelas tu gelak.

Kesian..... Khairul diam je dalam jamban tu. Eh silap…GENTS…. Aku faham sangat perasaan bila kita tengah berak cirit birit ni.. Memang kita takleh control volume.

PuUUutT!!!

Bunyi letupan pendek dalam tandas tu.

Eleeeeeehhhh Khairul, toksah cover laa volume cirit tu…. Sume orang boleh dengar leeee!!!!

Dekat seminit gak laaa dengar bunyi bom Khairul dalam tandas tu…. Ada yang bunyi cover, ada bunyi yang tak tercover, ada gak bunyi kepuasan dan kelegaan, isssshhh mcm2 bunyi laaa…

Tapi slack laaaaa….. lecturer aku memang tak sporting. Dia batalkan kelas plak… Dia tak nak malukan student dia la tu…. Haaaaaaaa!!!! Paksa lagi suruh orang guna tandas kelas… Last last siapa yang jadi mangsa? Khairul gakkkkkkkkkkk…

Lecturer aku halau semua pelajar balik kelas. Cissssssssss…tak dapat aku tengok wajah Khairul keluar dari tandas setelah macho nya telah dinodai… Wahahahahahahha!!! Damn!!!

Isu Khairul tu telah dijadikan perbualan hangat dekat hostel laki lepas kitorang sume pulang dari kelas yang batal tu. Sume pakat kutuk-kutuk beliau. Termasuk laa aku… Aku rasa aku laa paling galak menggelakkan dia.

Dalam 2 jam lepas tu, sume pelajar laki dah start meragam perut. Termasuk la aku. Sah memang sah… Food poison ni.

Bagi korang yang tak tau… kat hostel tu yakni satu umah kedai, cuma ada satu tandas dan satu bilik mandi. Yang duduk dalam rumah kedai tu plak ada 14 orang. Satu rumah kena cirit birit… Berebut sume guna jamban… Silap-silap jamban tu boleh musnah dikerjakan kitorang. Ada housemate aku bantai berak kat bilik mandi… Lagi hampehhhhhhhhh…. Takde protocol langsung.

Pintu jamban kat hostel aku tu plak rosak.. Kalau nk tutup pintu kena tahan ngn baldi. Or bagimereka yang berkaki panjang… haaaaa, TAHAN JE LAAA PINTU TU NGAN KAKI. (jangan buat mcm tu kalau anda ada penyakit krem kaki ). Cara aku plak lain, kalau nk berak, badan kena bongkok sikit, supaya tangan kanan capai untuk tahan pintu…. Wuuuuuuuuhuuuuu!!!!! Gila gelabahhhh!!

Dah time-time kritikal nak berak, mana peduli nk tahan pintu ke idak… Tahan je dengan apa2 yang ada… Masa aku nak berak tu, ada plak hamba Allah yang terajang pintu… Yang bestnya, pintu tu bukan jatuh ke dalam, jatuh kat luar jamban. Haaaaaa!!!!! Maka nampak laa seorang jejaka cute sedang berak yang hanya mampu sembunyikan alat sulit beliau dari dilihat oleh rakan-rakai lain dengan sebuah cebok biru. Aiseyyyyyyyyyyyy…. Malu gua…. Tapi takpe…Gua manusia yang understanding beb. Dalam keadaan mcm tu, memang manusia tak boleh berfikir secara waras. Wahahahahahaha!!!

Dekat 3 jam gak la satu penghuni hostel aku tu berebut tandas… Dah malam dalam pukul 9 mcm tu, baru laaaaa perut-perut kami ni stabil.

Dah ok sikit perut ni… Borak-borak la dengan roommate. Seorang roommate aku ni juga satu kelas dengan aku. Dia citer la pasal member kelas aku si Khairul macho tu… Sume bantai gelak… Aku plak time tu, atas katil member aku (katil double decker, aku dekat katil atas )baring-baring sambil dengar citer lawak tu… Gelak punya gelak….

Crettttttttttttttttt!!!!!

Haaaa bunyi apa tu??? Bunyi aku tercirit laaaaaaaaaaa!!!!! Layan gelak sangat, sampai tercirit…. Nasib member lain tak dengar…. Idak malu aku… Aku yang hanya berpakaian pelekat tak berunderwear bangun dari tilam member aku tu menuju ke toilet bersama sehelai tuala biru.

Syahir… maafkan aku yer.

Korang-korang yang masih belajar dekat kolej or universiti tu, kalau mengalami cirit birit, tolong laaaaa…. Please laaaa… jangan laaa bergosip citer lawak atas katil orang. Bahaya wooo.. Silap-silap member korang leh mati kena taun. Weeeeeeeeeeeee!!!!!!

Pagi esok seperti biasa, kena pegi kelas pagi. Bangun pagi je, tarik nafas dalam-dalam ambil udara, buat senam ringan atas katil, then teran perut nak kasi kuar angin…

Creeeeeeeeettttttttttt!!!!

Laaaa!!!! Cirit lagi…kali ni atas tilam aku plak… haiiiihhhhhh…

1 ulasan:

Unknown berkata...


Cerita yang bagus.. teruskan..
Tumpang Iklan
Abang..janganlah...
Tak nak.. sakit..
>>>Baca Sini Kalau Berani!<<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI POST AKU

Klik Like Sekarang untuk dapatkan Info terkini

Powered By goldsilver2u