Mungkin ada antara korang-korang yang tengok cerita Adamaya ni. Sejak dari pertama kali ditayangkan di TV3 pukul 6.30 petang, aku tak pernah pun miss cerita ini. Bagi aku cerita ni betul-betul kasi my heart touching la…
Siapa sangka, seorang lelaki yang macho macam aku ni boleh pula tiba-tiba layan cerita Cinta Tiga Segi ni. Aduhai…. Sebagaimana korang yang pernah tengok drama Adamaya ni, Maya lakonan Lisa Surihani, dia berada dalam keadaan keliru samada dia sedang mencintai suaminya Adam ataupun kekasih lamanya Dani.
Inilah hakikat bercinta. Memang lazimnya, orang tidak dapat melupakan cinta pertama mereka. Sama juga seperti aku. Dulu aku pernah mencintai seorang cikaro….. Cikaro tu bernama Nadia (bukan nama sebenar). Masa tu aku berumur 19 tahun, masih lagi menuntut di UiTM Perak. 2 tahun kitorang bercinta, tapi akhirnya kecundang juga. Nadia melanjutkan pelajaran di Dublin sedangkan aku sambung belajar kat UiTM Shah Alam.
Alasan kami berpisah, “Kita dah tak boleh bersama. Saya ada haluan yang saya nak tumpukan…”
Macam tu la alasan yang Nadia kasi. Sebagai seorang laki, at first takkan la aku nak rela macam tu je nak putus hubungan betul tak? Tiap-tiap hari aku pujuk dia. Dari sebelum dia berlepas ke Dublin, sampai la dia berlepas ke Dublin. Sejak dia berada dekat Dublin, aku try juga kontek dia, sms, telefon, ym, myspace (time tu tak popular lagi facebook)… Tapi tak pernah pun Nadia layan kat aku. Jelas sekali dia memang nak tumpukan belajar. Kononnya la…. Aku pun relakan dia pergi. Aku lepaskan dia. Aku akur, dia dah tak cintakan aku lagi. Aku try tak hubungi dia lagi. Langsung tak berhubung.
DAHULU AKU SEPERTI MAMAT NI... TAK DAPAT DATING LIVE, NGN GAMBAR PN JADI LAAA
Dalam tak hubung-hubung dengan dia, aku selalu juga la tengok-tengok gambar dia kat Myspace senyap-senyap. Saja nak tengok gambar-gambar terkini. Ada sampai satu tahap tu, aku tengok gambar-gambar dia sampai 5 jam. Rotate gambar-gambar dia kat myspace berulang kali sambil dengar lagu KRU bertajuk Jangan Lafazkannya. Haihhh…. Time tu bulan Ramadan. Aku tengok gambar dia dari pukul 2 (baru lepas balik kelas) sampai la dah buka puasa. Solat entah ke mana, puasa entah ke mana… Punya la teruk aku… Haissssssshhh… Korang jangan contohi aku…
Berbulan-bulan aku tak hubungi Nadia. Selang beberapa bulan, aku gatai nak tengok myspace dia lagi. Tup tup…. Aku tengok ada beberapa gambar dalam myspace dia, dia sedang bersama dengan seorang lelaki. Punya la romantic. Berpegangan tangan. Pipi ke pipi….. Hati mana tak terguris weh!!!!!! Barulah aku tahu, lelaki tu boyfren baru Nadia. FOKUS BELAJAR KONON!!! Hok tuihhhh!!!!!! Sedut kentut gua dalam2!!!!!
Akhirnya aku berjaya lupakan Nadia secara perlahan-lahan.
Tahun 2009, aku dah bercouple dengan Wani. Dua tahun relationship aku dengan Wani. Wani la buah hati aku buat masa tu…
Tahun 2009, aku terima satu friend request FACEBOOK dari seorang gadis. Aku kenal sangat wanita yang hantar friend request tu. Orang pertama yang aku pernah cintai. Cewaaaaaaaaahhh!!!! Jiwang gila ayat aku…. Yaaaa!!! Orang pertama aku pernah mengorat suatu ketika dahulu dan pernah menjadi awek aku. NADIA!!!
Angin tarak, ribut tarak… tiba-tiba ko add aku ni pehal??? Bisik hati aku. Gua tau la gua makin hensem sekarang… Dah hensem baru nak add gua… Cittttttt!!!
Sebagai seorang lelaki cool dan berwawasan 2020, aku pun approve la friend request dari dia. Ada suatu hari tu, Nadia message aku secara private. Dia tanya tentang aku. Dah ada pengganti hati ke. Yang paling best, dia cakap dia masih sayang kat aku seperti dahulu.
POOOOOOOOOODDDDAAAAAAHHHH!!!!!!!!!
Mula-mula ego aku agak menebal. Tapi lama kelamaan, hati aku menjadi lembut. Pasal si minah Nadia dok hari-hari contact aku dekat facebook, ym, handphone… Aku pula gatai kasi semua contact aku. Lelaki berwawasan laaa sangat!!!! .
Sampaikan ada satu hari tu, Wani call aku, aku boleh matikan call Wani dan tunggu panggilan dari Nadia. What the hell la aku ni!!! Eeeeeeeeeeee… geram betul aku dengan diri aku ni. Rasa macam nak cubit-cubit je pipi aku. Hmmm… pikir-pikir balik perangai aku ni memang boleh buat aku rasa emo je…. Eeeeeeeeeeeeeeeeee!!!! One more time… Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!! *sambil hentak2 kaki versi gay*
Masa tu, aku dah keluar senyap-senyap dating dengan Nadia balik. Aku bagaikan dah lupa aku dah ada Wani. Nadia masa tu bekerja di sebuah syarikat elektik dekat dengan syarikat aku bekerja dekat Wangsa Maju. Boleh dikatakan, aku dating dengan Nadia hari-hari. Nadia pun dah start menggatal. Main pegang-pegang tangan dengan aku sudeyhhh… Bergambar mesra dengan aku. Aku pula alpa………… Memang dasar laki miang. Sebijik macam Maya dalam cerita Adamaya tu. Tapi aku versi lelaki.
YANG DI KIRI TU AKU... KAT TENGAH WANI... KAT KANAN TU NADIA... MEKACIH KEPADA PAPARAZI YANG MENANGKAP GAMBAR KAMI
Nadia sebenarnya tahu aku dah bercouple dengan Wani. First time dia tahu bila dia tengok gambar-gambar aku dan Wani dekat Facebook. Aku sendiri pernah kasitahu pada Nadia yang aku dah bercouple dengan Wani. Tapi sikit pun Nadia tak respek hubungan aku dengan Wani. Aku pula boleh menggatal dengan Nadia…. Eeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!! ONE MORE TIME!!!Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!! *dengan nada nyaring*
Suatu hari tu, Nadia tagged gambar aku mesra-mesra dengan dia dekat Facebook aku. KANTOI!!!!!! Kantoi dengan housemate aku, Fat nama dia. Fat memang dah tau aku ni bercouple dengan Wani. Fat banyak kali tegur aku tentang perbuatan aku yang melampau sebab khianat cinta Wani. Aku buat dekkkk je….. Fat tu jenis tak berani tegur lebih-lebih, suka jaga hati kawan atau mungkin dia takut aku belasah dia. Teguran Fat tu kadang-kadang buat aku terfikir juga kenapa aku buat macam tu dekat Wani sedangkan Wani betul-betul setia dengan aku. Tapi fikir-fikir pun, aku tetap tak acuhkan. Aku terus berlayar dengan skandal aku, SKANDAL NADIA. Haiiiihhhhhhhhhh….
Suatu hari,
Trrrruutttt!!!!!! Truuttttttttttttttttt!!!!!!! Bunyi handphone aku.
“Abang Wan, akak eksiden!!! Eksiden skuter kat library negara. Sekarang dekat HUKM.”
Adik Wani call aku cakap Wani eksiden. Aku kaget!!! Cuwak beb!!! Mana taknya, kena langgar dengan kereta. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Patutnya lepas ofis hour, aku nak ambil Nadia pulang ke rumahnya. Sepatutnya habis kerja pukul 630 petang, tapi aku pulang awal dari ofis terus drive ke HUKM.
Truuuutttttt!!!!!! Trrruuuutttttt!!!!!!! Handphone aku berbunyi. Nadia call.
“Heloo….” Jawab aku.
“U kat mana… dah lama I tunggu u…..” Nadia tanya.
“Sori, I takleh amik u, Wani eksiden…. I nak pergi HUKM…”
“Sikit-sikit Wani…. Sikit-sikit Wani… biarkan laaa dia… Habis I nak balik naik apa?”
“U naik lah lrt… Wangsa Maju ada lrt apa…”
“Alaaaaaa… jauh… malasnya nak menapak!!!! Alaaaaaaaaaa U!!!!”
“Tak boleh………..issshhhh…” aku terus matikan call.
Then aku terima satu sms, sms dari Nadia….
“PERGI MATI LA KORANG BERDUA.. BETINA TU MAMPOSS MASA EKSIDEN TADI KAN BAGUSSSS!! SUDAH LAAAA JANGAN KONTEK I LAGI… PEGI JAHANAM”
Perrrrggggggggggghhh!!!!!!
Korang rasa apa terjadi?
Sampai sekarang aku tak call betina tu lagi. Betina yang I maksudkan, eh I plak, betina yang aku maksudkan tu ialah NADIA. Kurang ajar punya pompuan… Serius pentingkan diri sendiri. Termasuk la ngn aku-aku sekali pentingkan diri. Dua-dua lahabau!!!
ALLAH AKAN TUNJUKKAN BULAT-BULAT SEKIRANYA KAMU TAK SETIA PADA PASANGAN KAMU
Syukurlah, Wani tak teruk sangat. Takat patah tangan je…. Nasib tak patah tengkuk. Kalau tak, menyesal aku seumur hidup. Susah bebenorrr dapat awek minah rempit ni. Gaji riban2, skuter juga pilihan hati. Beli kereta takmo!!! Haa!! Kan dah patah tangan!!
Lepas dari kejadian eksiden tu, aku dah tak jumpa Nadia lagi. Ada juga Nadia sms kat aku, call aku, mintak maaf, mintak maaf sebab dia terlepas cakap… POOOODAAAAAHH!!!!!! No more ok!!! No more!!! Aku takkan terpedaya dengan ayat-ayat lembut dari ko lagi Nadia!! No more cinta tiga segi ok!!
Lepas dari kejadian tu juga, aku ceritakan apa yang berlaku dekat Wani antara aku dengan Nadia dari A to Z. Nak tau dia cakap apa?
“Wani dah tau, tapi Wani tak percaya mula-mula. Fat ada kasitau Wani pasal awak dengan Nadia. Tapi bila awak dah ceritakan semua ni, Wani nak marah pun tak guna.. Benda dah jadi…”
Dan paling best, dia cakap macam ni,
“Thanks sebab ceritakan semua ni dekat Wani. Thanks sebab masih sayangkan Wani lagi…”
Pergggggggggggghhhh!!!! Jiwang beb!!! Jiwang!!! Lu orang tak tau, feel gua time tu. Time tu rasa macam nakkkkk je dukung Wani pegi pejabat agama, suruh dia mengucap dua kalimah syahadah untuk masuk Islam, then terus p pejabat kadi nak kahwin…. Owhhhh lupa nak cakap, Wani ni orang kadazan. Dia ni free thinker, dan tengah nak mempelajari Islam.
Sebenarnya, kalau nak bercinta biarlah bercinta dalam landasan agama. Jangan jadi macam aku ni. Tak berakhlak langsung.
Memang betul cinta pertama tak boleh dilupakan, tapi hakikatnya, cinta pertama kalau berputik semula, kemungkinan ia semata-mata wujudnya ego dalam diri kita. Betul tak? Haaa, kalau wujud cinta tiga macam cerita aku ni siapa yang jadi mangsa? Eeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!! (One more ti... eh takyah laaa... )
SUMBER DARI: http://kisahcintanasilemak.blogspot.com
1 ulasan:
nak mintak izin copy leh tak? sbb mcm situasi i jee skrg nih..huhuu
thanks. :)
Catat Ulasan