Isnin, 26 September 2011

Youtube (video) Lee Chong Wei Kalah


Datuk Lee Chong wei Kalah lagi. Selepas gagal bergelar juara dunia bulan lalu Datuk Lee chong wei sekali lagi tewas dan kalah teruk kepada bintang muda china, Chen Long pada aksi final di Kejohanan  Badminton Siri Super Terbuka Jepun 2011 yang berlansung di tokyo semalam
Tampil selaku pemain pilihan pertama kejohanan, misi Chong Wei untuk memburu kejuaraan buat kali keempat pada terbuka Jepun yang memasuki edisi ke-30 kali ini gagal apabila dia tewas 8-21, 21-10, 12-21.
Chong Wei yang juga merupakan pemain ranking No. 1 dunia pada awalnya dilihat tidak berdepan halangan sukar untuk menewaskan Chen Long, sekali gus bergelar juara berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain itu.
Ini kerana, Chong Wei berjaya memenangi empat daripada lima pertemuan sebelum itu.
Malah, penarikan diri seteru utamanya, Lin Dan dari China pada aksi separuh akhir kelmarin juga dilihat telah mencerahkan lagi peluang buat jaguh negara itu untuk bergelar juara.
Namun, segala andaian tersebut jauh meleset apabila corak permainan Lee Chong Wei dilihat serba tidak menjadi terutama ketika dia tewas pada set pertama ketika menentang Chen Long itu.
Biarpun kembali bangkit pada set kedua, Lee Chong Wei gagal menyekat kemaraan Chen Long yang tampil agresif untuk mencatatkan kemenangan pada set ketiga, sekali gus merekodkan kejuaraan buat kali kedua dalam tempoh dua minggu.
Bagi peminat-peminat tempatan, kekalahan yang dialami Lee Chong Wei pastinya menghadirkan rasa kecewa dalam diri mereka.
Namun, ada segelintir pihak menganggap ia hanyalah drama semata-mata kerana Lee Chong Wei kecewa tidak dapat membuat perhintungan dengan Lin Dan selepas pemain itu membuat keputusan menarik diri.
Pertemuan final antara Chong Wei dengan Lin Dan memang dinanti-nantikan kerana kedua-dua pemain itu ada misi peribadi yang ingin dilaksanakan.
Apa tidaknya, Chong Wei mahu mempertahankan kejuaraan dan mahu membalas dendam selepas tewas pada final Kejohanan Dunia di London bulan lalu ke atas Lin Dan manakala jaguh China itu pula mahu kembali merampas kejuaraan Terbuka Jepun.
Begitupun, misi tersebut tidak kesampaian selepas Lin Dan menarik diri.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Like Sekarang untuk dapatkan Info terkini

Powered By goldsilver2u