Ahad, 25 September 2011

Ahli-ahli sains menemui 12 spesies baru katak di India

species+katak+india


New Delhi- Sepasukan saintis India telah menemui 12 species baru katak. Menurut sumber 3 daripada species katak itu dikatakan telah pupus. Katak  ialah binatang yang sangat penting dan memainkan peranan dalam mengukur kesihatan alam sekitar. 32 peratus spesies katak di seluruh dunia diancam kepupusan dan sebahagian besarnya disebabkan kehilangan habitat atau pencemaran.


Mengikut Kumpulan Pemuliharaan Hidupan Liar dunia;
"katak merupakan petunjuk yang amat penting bukan sahaja kepada perubahan iklim tetapi juga bahan pencemaran alam sekitar"
Penemuan katak di india jarang sekali berlaku dan mereka dikatakan hanya tinggal dalam satu kawasan jadi mereka memerlukan perlindungan  yang ketat tetapi malangnya tumpuan pemuliharaan hanya diberi  kepada haiwan berkarisma seperti gajah dan harimau. Dana untuk amfibia ada kepentingan sedikit dan penyilidikan katak tidak mudah.
Species katak  malam adalah amat sukar untuk dicari dan hanya keluar pada waktu gelap. Semasa musim tengkujuh, mereka akn tinggal sama ada di sungai-sungai yang mengalir laju atau di atas tanah lembap


Biju (ketua ahli sains) berkata: Mereka mengesahkan daripada 12 species baru itu terdapat species katak malam yang menghasilkan bunyi suara kucing dan burung gagak itu merupakan penemuan yang mengagumkan.


Penemuan-penemuan yang disiarkan dalam isu terbaru antarabangsa taksonomi jurnal Zootaxa yang membawa bilangan katak yang diketahui di India kepada 336. Biju menganggarkan ini hanya separuh daripada apa yang ada di dalam hutan dan masih banyak species katak perlu dikaji


katak+bertelur
katak+india



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Like Sekarang untuk dapatkan Info terkini

Powered By goldsilver2u