Selasa, 10 Mei 2011

SIAPA SEBENARNYA OSAMA BIN LADEN?

Assalammualaikum rakan sekalian, tajuk post hari ini sebenarnya berkisarkan tentang persoalan siapa osama bin laden? adakah kematian osama bin laden benar? adakah osama bin laden adalah pejuang islam atau satu pembohongan terancang amerika syarikat. jelas sekali persoalan ini bermain di fikiran kita.. alhamdulillah setelah menbuat pembacaan RN akan membincangkan isu ini..

who_osama_bin_laden




Osama bin laden atau nama sebenarnya Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden telah dilahirkan pada 10 Mac 1957 di Arab saudi di kawasan yang dipanggil riyard. Bapanya bernama Mohammed Awad bin Laden, berasal dari Hadramaut (Yaman selatan),Bapa Osama  (Awad) hanya menjadi buruh kasar di pelabuhan Jeddah, selepas itu beliau berjaya menjadi kontraktor binaan yang terkenal. Ayah Osama mula  berjaya dalam perniagaan selepas Raja Saud menawarkannya kontrak untuk membina istana Raja Saud. awad telah diangkat menjadi menteri kerjaraya dan pembagunan arab saudi setelah kerjaan arab saudi mengalami masalah krisis istana dimana raja faisal dilantik menjadi raja tetapi dana arab saudi pada ketika itu sangat teruk, dengan kebijaksanaan awad, awad menawarkan bantuan kewangan untuk menyelesaikan masalah itu. raja faisal sangat terhutang budi dengan beliau lalu melantik awad sebagai menteri pembangunan dan kerja raya arab saudi.


Osama bin laden mewarisi kekayaan bapanya iaitu ben laden group selepas kematian ayahnya akibat nafas kapal terbang begitu juga dengan abangya iatu salem bin laden yang dikatakan segaja membunuh diri dengan membawa kapal terbang miliknya di kawasan pencawang elektrik pada tahun 1998 berhampiran San Antonio, Texas di amerika syarikat. kematian salem bin laden juga mempunyai pelbagai persoalan yang sehingga sekrang tidak dapat dijelaskan dengan bukti yang kukuh.


Dari segi personaliti, osama bin laden digambarkan seorang yang lemah lembut dan bersopan satun . dengan ketinggian antara 193cm -198 cm dan beratnya  75kg. osoma bin laden juga digambarkan seorang yang lansing dan mempunyai kulit zaitun dan seorang yang kidal. biasanya beliau berjalan dengan tongkat.


Dari segi latar belakang agama, osama dibesarkan sebagai muslim yang perpahaman Wahhabi. Beliau mendapat pendidikan awal pada tahun 1968 hinga tahun 1976 di Al-lite Sekular Thager Model School. Beliau juga melajutkan pelajaran dalam bidang ekonomi dan pentadbiran perniagaan di King Abdulaziz University, jeddah Arab Saudi. Ada sentengah pendapat mengatakan beliau mempunyai sarjana kejuruteraan awam (sivil enginering), beliau disifatkan seorang yang  " berkerja keras". Ada sumber mengatakan beliau meninggalkan universiti pada tahun ketiga pengajian di King Abdullaziz university  tanpa mendapat sebarang sarjana. Osama merupakan seorang yang mementingkan agama, dimana agama merupakan kepentingan utama baginya. beliau sangat aktif dalam menafsir Al-quran dan jihad,kerja amal ,menulis puisi dan membaca. 


Pada tahun 1974, pada usia 17 tahun, osama berkahwin dengan Najwa Ghanem Latakia namum bercerai pada tahun 2001 sebelum serangan 11 september. osama bin laden dikatakan mempunyai beberapa isteri antaranya Khadijah Sharif(bercerai), khairah sabar( status tidak diketahui) dan Amal al-Sadah. Melalui perkahwinan ini osama bin laden mempuyai anak antara 20-26 anak. Namun kebayakan anak osama bin laden melarikan diri ke Iran selepas serangan 11 September dan pada tahun 2010 kerajaan Iran mengawal pergerakan mereka.


Dari segi ideologi dan kepercayaan, osama bin laden percaya bahawa hanya pemulihan undang syariah akan dapat menentukan kebenaran didunia Muslim. Dengan kata lain pemahaman "pan-Arabisme,sosialisme, komunisme,demokerasi" harus ditentang kerana fahaman ini telah merosakkan undang syariah. Dengan semangat jihad, osama percaya bahawa Afghanistan di bawah kekuasaan Mullah Omar Taliban adalah satu-satunya negara islam di bumi ini.(reader diminta mencari info kenapa afganistan dikatakan satu-satunya negara islam dibumi ini). Pada pandangan RN afganistan merupakan satu-satunya negara yang melaksanakan syariah islam.


Osama menegaskan pentingnya keperluan jihad untuk menentang ketidakadilan terhadap umat Islam yang dilakukan Oleh Amerika Syarikat dan negara-negara bukan islam yang lain. Beliau juga menegaskan kepentingan dalam menghilangkan negara Israel dan perlunya memaksa Amerika Syarikat untuk berundur dari Timur Tengah. osama juga meminta Amerika untuk menolak amalan yang tidak bermoral seperti penzinaan, homoseksual, minuman keras, perjudian dan riba.


Osama merupakan seorang anti-semit( anti yahudi) dan selalu menyampaikan perigatan terhadap konpirasi Yahudi. beliau melebalkan orang yahudi sebagai pakar riba dan pemimpin yang pengkhianat.


Setelah osama bin laden meninggalkan universiti pada tahun 1979, Osama bin laden telah ke pakistan untuk bergabung dengan Abdullah Azzam untuk terlibat dalam peperangan Soviet di Afgahanistan. ia juga kenali sebagai Operasi Cyclone. Sepanjang Operasi Cyclone 1979- 1989, Amerika Syarikat memberi bantuan kewangan dan sejata kepada penjuang Mujahidin melalui Pakistan Inter-Services Intelligence(ISI). Osama bin laden telah bertemu dan membina hubungan dengan Hamid Gul. Hamid Gul merupakan pegawai tertinggi tentera Pakistan dan Ketua ISI. Walaupun Amerika Syarikat memberi wang dan senjata, latihan kumpulan militan dilakukan sepunuhnya oleh Angkatan Bersenjata Pakistan dan ISI. Disini saya ingin jelaskan kenapa Amerika Syarikat menghulurkan bantuan kewangan, motisnya ialah untuk menghapuskan kuasa Soviet. Amerika syarikat telah menggunakan Osama bin laden sebagai senjatanya untuk melawan Soviet.


Pada tahun 1984, Osama bin laden dan Azzam mendirikan Maktab al-khidamat dengan bantuan kewangan dan sejanta dan pejuang dari seluruh dunia arab ke afghanistan, osama juga mendirikan kem-kem di dalam Khyber Pakhtukhwan di Pakistan dan mengunakan kem tersebut untuk melatih pejuang sukarelawan menentang Republik Demokratik  Afghanistan.
Pada tahun 1988, Osama bin laden memisahkan diri dari Maktab al-khidamat dan membentuk al-Qaeda.
Selepas Soviet berundur dari Afghanistan pada febuari 1989, osama bin laden pulang ke arab saudi sebagai pahlawan jihad. pada tahun 1990 Iraq telah menceroboh Arab saudi yang mana pada ketika itu di bawah kuasa Saddam hussein menyebabkan kerajaan arab dan istana dalam keadaan berisiko.Saddam meletakkan pasukan Iraq di sempadan arab saudi dan daya tarikan saddam untuk pan arabisme telah mencetuskan perbezaan pendapat dalaman dan mencetuskan kebimbangan perang. Osama bin laden bertemu dengan Raja Fahd dan menteri pertahanan untuk menawarkan khidmat tentera dengan tentara mujahideen supaya arab saudi tidak bergantung pada bantuan non-Muslim seperti amerika. tetapi penawaran osama bin laden ditolak dan arab saudi menjemput tentera US. 
Osama bin laden mencela perbuatan Arab saudi. osama bin laden percaya bahawa kehadiran kuasa asing hanya mencemarkan kesucian tanah suci" tanah antara dua masjid" (mekah dan madina). kritikan osama bin laden menyebabkan kerajaan arab mengambil tindakan untuk mendiamkan osama. osama telah dibuang negeri dan dia telah pergi ke sudan pada 1992. Disudan osama mengembangkan sayap al-Qaeda. Semasa berada di sudan osama juga mengecam kuat tindakan Arab saudi dan Osama sangat aktif dalam aktiviti Egyptian Islamic Jihad (EIJ). Gerakan EIJ ini juga  terlibat dalam pembunuhan Presiden Mesir Hosni Mubarak tetapi percubaan itu gagal.
Tindakan osama bin laden telah menyebabkan arab saudi telah menarik kewarganegaraan dan kekayaan osoma bin laden di arab saudi.
Satu persoalan yang RN musykil ialah osama telah disahkan menghidap kegagalan buah pinggang yang teruk atau End Stage Renal Failure (ESRF). Penyakit kronik ini mermerlukan bantuan haemodialis sekurang-kurangnya sekali seminggu. adalah sesuatu yang mustahil jika tempat persembunyian beliau di kawasan pergunungan kerana untuk penyakit kronik seperti osama memerlukan 4jam rawatan sebayak 3 kali seminggu. 
kemungkinan osama dikawal rapi oleh unit perubatan tertentu atau dibawah seliaan perubatan US? atau osama sudah lama meninggal dunia. Seperti yang kita tahu obama-president US telah mengumumkan kematian osama bin laden tetapi yang meghairankan kenapa mayatnya dikebumikan di dalam laut... Jelas sekali topeng semata-mata. Itu semua dakyah obama sahaja untuk memenagi undi rakyat untuk pilihan raya akan datang. RN masih kabur lagi tentang penglibatan osama sebagai ejen amerika.. Yang terbukti sekarang serangan 11 september adalah pembohongan terancang amerika yang meletakkan osama sebagai lesen untuk menghancurkan afganistan. Tetapi kenapa kita tidak sedar dengan pembohogan terancang ini kerana teknik yang diguna oleh amerika iaitu "mind control". Kita dihiasi dengan khabar tentang PWTC dibom berulang kali sehingga dunia percaya itu tindakan penganas walhal ia adalah perancangan jahat amerika.




segala matlumat diatas adalah berdasarkan pembacaan. jika anda ingin tahu lebih lanjut sila search tentang Osama bin laden.




Mohon kepada pembaca supaya like artircle ini..sedikit sebanyak membantu blog RN.


IKLAN JANA PENDAPATAN KE BLOG













4 ulasan:

Obat Sakit 2011 berkata...

baca baca entry ini
Osama ternyata berhati lemah lembut

Unknown berkata...

dia Islam ke? konfius

jiha berkata...

nice.. thx.. :)

Unknown berkata...

aku pun dah confius dah ngan osama neh.. macam2 pendapat aku dah baca.. mana betul entah.. adoiyai~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Like Sekarang untuk dapatkan Info terkini

Powered By goldsilver2u